Bilangan kontak rapat, individu bergejala meningkat

31 Jan 2022 • 9:08 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Sabah pada Ahad merekodkan peningkatan bilangan kontak rapat dan individu bergejala yang positif Covid-19 iaitu masing-masing 161 dan 132 orang. Jurucakap Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata angka-angka itu merupakan petanda bahawa jangkitan sudah mula menular dalam komuniti.

“Sehari selepas jumlah kes harian jatuh sebanyak 91 kes, jumlah kes baharu kembali melonjak tinggi kepada 373 kes, bertambah 106 kes berbanding catatan kelmarin,” katanya pada Ahad.

Menurut Masidi, 11 daerah mencatatkan kes harian dua angka pada Ahad berbanding hanya lapan daerah Sabtu lalu.

“Lima dari daerah-daerah ini merekod jumlah kes baharu yang agak tinggi iaitu Kota Kinabalu 65 (+12), Tawau 54 (+32), Penampang 45 (+31) Sandakan 45 (-8) dan Tuaran 36 (-19). Hanya empat daerah tidak merekodkan sebarang kes baharu,” katanya.

Sementara itu, tiada kluster baharu dicatat pada Ahad.

“Bagaimanapun, lima dari 17 kluster-kluster aktif di Sabah merekodkan 65 kes baharu,” kata Masidi.

Beliau menambah, Kluster Jalan Sri Balung di Tawau merupakan kluster yang menyumbang kes baharu terbanyak dengan 41 kes manakala Kluster Montenior di Kuala Penyu merekodkan 11 kes baharu.

“Sebanyak 365 kes atau hampir 98 peratus dari keseluruhan 373 kes pada Ahad adalah dalam Kategori 1 dan 2; lima kes dalam Kategori 3; dua kes dalam Kategori 4 dan hanya satu kes dalam Kategori 5,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.