“Ini baru police & thief” – [VIDEO] Netizen Terhibur Tengok Polis Trafik Kejar Lelaki

Entertainment
19 Jan 2022 • 3:03 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Satu video viral di media sosial menunjukkan anggota polis trafik sedang mengejar seorang lelaki di atas jalan telah menarik perhatian netizen.

Menurut sumber, difahamkan kejadian itu berlaku di Pasir Mas, Kelantan. Ianya dikatakan lelaki yang memakai baju berwarna oren itu mahu cuba lari dari sekatan jalan raya.

 

Ini baru police & thief – Netizen

Selain di Facebook, 2 video ini juga turut viral di TikTok, biarpun maklumat sahih mengenai waktu dan punca kejadian masih belum terima, ramai netizen yang terhibur apabila melihatnya.

Malah ,menerusi komen netizen juga, mereka terhibur melihat aksi ini kerana ia seperti menunjukkan gambaran dan situasi sebenar permainan zaman childhood kita, polis entry (police & thief).

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Dalam pada itu, ada juga netizen yang syak bahawa individu yang cuba melarikan diri itu mungkin ada melakukan kesalahan lain.

Apapun, sama-sama kita tunggu kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa mengenai hal ini dan penghujung cerita ini. Ramai netizen ternanti-nantikan apa yang berlaku kepada mereka berdua.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.