Niezam Zaidi Akan Diawasi Selama 2 Tahun

10 Jan 2022 • 5:05 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
niezam zaidi

Sebelum ini pelakon lelaki Niezam Zaidi telah mengejutkan industri seni apabila ditahan memiliki dan mengambil dadah pada Oktober lalu. Dia pada ketika itu ditahan bersama pengarah Mohd. Latiff Zami dan pembantu pengarah, Saiful Zaidrin Ismail.

Pihak Mahkamah Majistret hari ini telah mengarahkan agar mereka bertiga didenda atas kesalahan itu. Majistret Mohd. Shazmeer Zamhari menjatuhkan hukuman itu di mana Niezam didenda RM4,000, Mohd Latiff RM3,800 dan Saiful Zaidrin RM4,000.

Mereka bertiga membayar jumlah denda berkenaan bagi mengelak dari menjalani hukuman penjara lima bulan jika gagal membayar.

Diawasi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)

Walaupun bayaran denda sudah dilakukan, Niezam akan tetap diawasi pihak AADK selama 2 tahun manakala Mohd. Latiff dan Saiful akan diawasi selama 3 dan 2 tahun.

Semoga apa yang berlaku ini menjadi pengajaran kepada semua penggiat seni agar tidak menggunakan sebarang bahan terlarang.

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.