
Kota Kinabalu: Sabah dijangka mem-peroleh RM5.6 bilion dalam hasil tahunan menerusi per-janjian kredit karbon dan usaha pengewangan alam semula jadi, menurut Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Jeffrey Kitingan (gambar).
Dengan aset semula jadi Sabah berada pada kedudukan yang baik untuk menjana sumber pendapatan baharu bagi negeri itu, Jeffrey berkata, perjanjian perdagangan karbon dan pembiayaan pemuliharaan alam semula jadi itu dijangka akan membuka kunci aset pemuliharaan negeri.
“Kami telah mengambil langkah untuk memodenkan industri dan menjana pendapatan daripada banyak aset semula jadi Sabah yang dijangka menjana RM2.2 bilion hingga RM5.6 bilion setahun tanpa memotong sebatang pokok pun,” kata Jeffrey.
Dalam ucapannya pada hari kedua Sidang Kemuncak Perniagaan dan Ekonomi Antarabangsa Sabah, Jeffrey berkata kejayaan Perjanjian Pemuliharaan Alam Semula Jadi itu dijangka akan menarik kira-kira USD10 bilion atau RM41.8 bilion dalam pembiayaan swasta.
“Projek itu juga akan menyaksikan teknologi inovatif digunakan, termasuk perkhidmatan satelit, teknologi dron dan Kecerdasan Buatan AI,” katanya.
Berdasarkan inisiatif ini, Jeffrey berkata Sabah akan bergerak ke arah ekonomi hijau dan bundar, yang memenuhi 17 matlamat pembangunan mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Jeffrey seterusnya menambah, negeri ini telah menetapkan matlamatnya untuk mengukuhkan penyampaian dan melancarkan inisiatif Sabah Maju Jaya untuk negeri, antaranya mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, dan menghapuskan kemiskinan di luar bandar dan pedalaman negeri, terutamanya melalui industri, pertanian dan pelancongan.
Perjanjian NCA, yang juga dikenali sebagai Perjanjian Pemuliharaan Alam Semula Jadi (NCA) mencetuskan kekecohan dalam kalangan kumpulan alam sekitar, kerana perjanjian kredit karbon boleh menyaksikan sehingga dua juta hektar, atau lebih banyak hutan Sabah diletakkan di bawah projek itu.
Perjanjian perdagangan karbon itu menjadi kontroversi kerana kurang telus, dan penglibatan firma yang kurang dikenali di Singapura yang akan meneri-ma 30 peratus daripada keuntungan.
Baru-baru ini, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor cuba meredakan kebimbangan kumpulan pemuliharaan dan awam, meyakinkan mereka bahawa kerajaan akan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan kepen-tingan negeri diutamakan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

