Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri mulai esok hingga 6 Februari

30 Jan 2022 • 4:42 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 30 JAN: Lapan kawasan di pantai barat semenanjung Malaysia dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat pada waktu petang hingga awal malam mulai esok hingga 6 Februari.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Twitter memaklumkan kawasan itu meliputi Selangor, Kedah, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan pedalaman Pahang.

Agensi itu turut meramalkan cuaca lembap di kebanyakan tempat di pantai timur semenanjung dan timur Sabah dengan hujan pada sebelah pagi .

Cuaca panas dan kering pula dijangka berterusan di negeri-negeri utara semenanjung.

Menurut MetMalaysia, angin kencang dan laut bergelora diramal berlaku di perairan Laut China Selatan dalam tempoh 2 hingga 6 Februari.

Orang ramai dinasihat merujuk laman sesawang www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved