AirAsia sasar jadi syarikat serupandu dan penghantaran makanan terbesar di Asia

17 Jan 2022 • 10:54 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

AsiaAsia Group meletakkan sasaran untuk menjadi syarikat penghantaran makanan dan serupandu terbesar di rantau ini. Sasaran itu diletakkan selepas syarikat itu mengambil alih platform penghantaran makanan Delivereat baru-baru ini.

image is not available

CEO-nya, Tony Fernandes meletakkan keyakinan yang tinggi terhadap Super-APP yang dimiliki syarikatnya. Padanya, ia tidak mustahil kerana AirAsia dulu bermula kecil, dengan 2 pesawat dan kini menjadi syarikat penerbangan ke-4 terbesar di Asia yang mengendalikan 90 juta penumpang setahun.

Dalam mencapai sasaran tersebut, Tony Fernandes turut mengumumkan pengasas Delivereat, Tan Suan Sear sebagai ketua Super-APP bahagian makanan manakalaLeong Shir Mein sebagai ketua bahagian penghantaran, Teleport.

Super-APP AirAsia merujuk pada aplikasi mudah alih mereka yang menghimpunkan segala macam penawaran AirAsia. Contohnya, dalam bulan Disember 2021, mereka telah mengintegrasikan APP Big Rewards ke dalamanya. Sebelum itu, dalam bulan November 2021, mereka memperkenalkan AirAsia Xpress, servis penghantaran barang on-demand ala Lalamove dan GrabExpress.

Dalam bulan Ogos 2021 pula, mereka melancarkan AirAsia Ride, servis serupandu untuk bersaing dengan Grab Car manakala dalam bulan Mei 2021 lalu, AirAsia Food mula menawarkan perkhidmatan mereka di Pulau Pinang.

Sumber: MalayMail

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved