Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Kini Jejaki Penerima Sijil Vaksin Palsu

11 Jan 2022 • 2:45 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kecoh di media sosial semalam, penangkapan seorang doktor berusia 51 tahun dari sebuah klinik swasta di Kuala Terengganu yang disyaki menjalankan kegiatan menjual sijil vaksinasi palsu kepada pelanggan.

Susulan kes tersebut, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) memaklumkan mereka kini sedang mengenal pasti individu yang mendapatkan sijil digital vaksinasi palsu tersebut dari doktor terbabit.

image is not available

Menurut Astro AWANI, Pengarah JKNT, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, pihaknya akan memberikan nasihat dan kaunseling kepda golongan berkenaan bagi memastikan mereka terima suntikan vaksin seperti yang sepatutnya.

Pihaknya juga katanya akan terus bekerjasama dengan polis bagi mengesan kegiatan tersebut.

Dalam pada itu, Dr Kasemani juga memberitahu yang klinik swasta itu pada awalnya dibenarkan untuk memberikan suntikan vaksinasi secara berbayar sejak September tahun lepas.

image is not available
Doktor yang didakwa jual sijil vaksin palsu

Pihak mereka kini masih menunggu hasil siasatan polis sebelum mengambil tindakan lanjut terhadap doktor dan klinik berkenaan.

Tambahnya lagi, pendaftaran klinik dan juga lesen doktor itu boleh dibatalkan sekiranya dia didapati bersalah menjual sijil vaksinasi palsu kepada pesakit.

Haish nampaknya mereka yang beli sijil palsu tu mesti tengah kecut perut kan sekarang?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.