Bukan Hanya RFID, PLUS Turut Dikatakan Sedang Kaji Pembayaran Tol Guna Kad Debit Dan Kad Kredit

14 Jan 2022 • 8:28 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
plaza tol

Nampaknya semakin ramai yang mula dapatkan RFID selepas pihak PLUS akan perkenalkan sistem ini di setiap plaza tol. Untuk permulaan RFID akan mula dibuka di sepanjang laluan utara ke selatan bermula 15 Januari 2022 ini.

Bukan RFID sahaja, PLUS sedang uji satu lagi sistem bayaran

Dari pemerhatian Ohmedia ramai juga yang tidak gembira dengan penggunaan sisyem RFID tapi mungkin sistem bayaran yang turut dikaji pihak PLUS ketika ini akan lebih memudahkan pengguna lebuh raya. Memetik laporan Amanz.my, pihak PLUS kini sedang menguji pilihan pembayaran tambahan menggunakan kad debit dan kad kredit.

Ujian rintis sedang dijalankan pihak PLUS di plaza tol terpilih namun tidak dimaklumkan pula lokasi yang terlibat.

image is not available

Pilihan pembayaran plaza tol menggunakan kad debit dan kad kredit ini sangt baik dan memudahkan pengguna. Ini kerana boleh dikatakan semua rakyat Malaysia dewasa memiliki kad ini dan kita tidak perlu lagi melakukan tambah nilai kad Touch n Go.

Kredit: Amanz.my

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.