Mayat bayi ditemukan di Flat Danau Kota, Setapak

8 Jan 2022 • 6:30 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Mayat bayi perempuan cukup sifat ditemukan beralaskan papan kayu di kawasan rumput di Flat Danau Kota, Setapak hari ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat itu daripada orang awam pada pukul 8.21 pagi tadi.

“Hasil penemuan di tempat itu mendapati mayat yang dijumpai dipercayai berumur sehari, jantina perempuan dan bangsa tidak pasti,“ katanya dalam kenyataan.

Ashari berkata tiada kecederaan ditemukan pada mayat bayi berkenaan yang kemudiannya dibawa ke unit forensik Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Beliau berkata kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat dengan sulit.

Ashari memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju menerusi talian 03-92899222 atau balai polis berhampiran.

-Bernama