Mayat Bayi Ditemukan Beralas Kayu

8 Jan 2022 • 8:09 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Mayat seorang bayi perempuan ditemui di perkarangan Flat Danau Kota, Setapak, hari ini. - Gambar dari media sosial

KUALA LUMPUR - Penduduk Flat Danau Kota, Setapak, digemparkan dengan penemuan mayat seorang bayi perempuan berusia sehari dalam keadaan menyayat hati di perkarangan perumahan berkenaan, hari ini.

Mayat bayi tanpa pakaian dipercayai ditinggalkan di kawasan rumput dengan hanya beralaskan kayu itu, ditemui penduduk pada jam 8 pagi.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan bayi itu pada jam 8.21 pagi, sebelum sepasukan pegawai dan anggotanya digegaskan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, polis setakat ini belum dapat mengenalpasti bangsa atau warga negara bayi berkenaan.

“Mayat bayi tersebut kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat secara sulit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti individu bertanggungjawab dalam kes terbabit.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes berkenaan diminta menghubungi Ibu Pejabat Daerah Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Kuala Lumpur 03-21159999 atau mana-mana Balai Polis berhampiran. - Getaran, 8 Januari 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved