Vaksin COVID-19 Varian Omicron Bakal Tersedia Sekitar Bulan Mac Ini – Pegawai Eksekutif Pfizer

Health & Fitness
11 Jan 2022 • 5:00 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Stesen penyiaran CNBC melaporkan bahawa satu vaksin COVID-19 yang dicipta khas untuk menangani varian Omicron bakal tersedia dan digunakan sekitar bulan Mac ini.

Perkara tersebut dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer, Albert Bourla di mana pihaknya dengan kerjasama BioNTech sedang dalam usaha mencipta vaksin khas bagi varian terbaru itu yang dilihat semakin menular di seluruh dunia.

image is not available

Sumber : Google  

 

Meskipun penciptaan vaksin khas itu dianggap terlalu lewat oleh sesetengah pakar kesihatan, namun Albert menganggap ia masih berguna bagi membendung Omicron daripada terus tersebar dalam kalangan masyarakat.

image is not available 2 hari lalu

Strain Baharu COVID-19 Ditemukan, Deltacron Kombinasi Varian Omicron & Delta

image is not available

Sumber : Google  

 

“Vaksin ini sepatutnya dihasilkan pada Disember tahun lepas ketika Omicron sudah mula dikesan di beberapa negar, namun kita akan menerima apa sahaja vaksin yang boleh membantu menghentikan varian ini meskipun sedikit lambat.” kata Pengarah Eksekutif Pusat Kemudahan Vaksin Antarabangsa Johns Hopkins Bloomberg School of Public Health.

Manakala bagi Ahli Epidemiologi Penyakit Berjangkit School Of Public Health John Hopkins, Dr Shaun Truelove, dia berpendapat bahawa kecepatan penularan varian Omicron ini akan mewujudkan kemungkinan semua orang akan dijangkiti pada akhirnya.