
Omicron merupakan salah satu varian baru selepas Covid-19. Menurut Kosmo, satu vaksin khas dicipta untuk Omicron berkemungkinan akan keluar pada bulan Mac, tahun ini.
Dengan varian Omicron yang semakin berleluasa, Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer, Albert Bourla, pihaknya dan BioNTech sedang fokus mencipta vaksin khas untuk varian Omicron.
Berguna untuk bendung penularan Omicron

Pakar kesihatan menyatakan walaupun vaksin Omicron ini keluar agak lambat, tapi ia masih mampu untuk menghalang penularan Omicron daripada terus berleluasa.
Vaksin ini sepatutnya dihasilkan pada Disember tahun lepas, ketika Omicron sudah mula dikesan di beberapa negara.
Namun begitu, kita akan menerima apa sahaja vaksin yang boleh membantu menghentikan penularan varian ini meskipun sedikit lambat. -Pengarah Eksekutif Pusat Kemudahan Vaksin Antarabangsa Johns Hopkins Bloomberg School of Public Health.
Menurut Ahli Epidemiologi Penyakit Berjangkit School Of Public Health John Hopkins, Dr. Shaun Truelove, kepantasan penyebaran Omicron ini dipercayai akan menjangkiti semua orang pada akhirnya apabila vaksin untuk mengekangnya dikeluarkan terlalu lambat.
Semoga kita semua terus dilindungi daripada terkena varian omicron dan varian-varian baru yang lain. Sesungguhnya, apa yang kita boleh buat sekarang ni adalah dengan berdoa dan jaga diri sendiri dan keluarga mengikut SOP yang ditetapkan.
Kredit: Kosmo
The post Omicron Bakal Menjangkiti Semua Orang Pada Akhirnya, Vaksin Khas Bakal Muncul Mac Ini? appeared first on Oh! Media.



