Fesyen Disamakan Dengan Maleficient Dan Loki, Uyaina Mohon Netizen Bertenang

Women's Fashion
25 Jan 2022 • 1:22 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad menerima pelbagai reaksi netizen selepas tampil dalam persalinan mewah berinspirasikan Cleopatra.

Menerusi beberapa foto dan video yang dimuat naik pereka fesyen terkenal, Shanell Harun, netizen mempersoalkan mengenai rekabentuk perhiasan kepala rekaan Centrestage Vision Dynamic.

Tak kurang juga yang memuji penampilan pengacara berusia 29 tahun ini lain daripada yang lain. Ada sesetengahnya menyamakan dengan watak Maleficient dan Loki.

image is not available

image is not available

Terbaru, Uyaina menerusi Instagram Story berjanji akan berkongsikan ‘details’ mengenai persalinan itu kepada para pengikut.

image is not available

Jelasnya, itu sebenarnya adalah malam bertemakan ‘Arabian’ yang dilakukan bersama rakan-rakan wanita sahaja. Tambahnya ianya sepatutnya menjadi malam berinai tetapi tidak jadi sebelum ini disebabkan banjir teruk.

image is not available

Pengacara ini berharap orang ramai boleh bertenang kerana dia kadangkala suka ‘bermain’ dengan fesyen. Uyaina turut memuji rekaan Shanell Harun yang memukau. Dia berjanji akan berkongsi lebih lanjut mengenai persalinan itu dengan para pengikut tidak lama lagi.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.