Pixel Notepad Mungkin Akan Dijual Pada Harga Sekitar RM5800

TechnologyDigital
25 Jan 2022 • 3:27 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Google juga di antara pengeluar yang sedang berusaha menghasilkan peranti dengan skrin boleh-lipat. Pada awalnya, peranti ini dikatakan adalah Pixel Fold, tetapi informasi terkini menyatakan nama peranti ini mungkin adalah Pixel Notepad. Peranti ini dikhabarkan akan mempunyai rekabentuk seakan Oppo Find N, kamera lebih lemah daripada Pixel 6 dan juga mungkin dijana dengan cip Tensor.

image is not available

Terkini, 9to5Google melaporkan yang Pixel Notepad mungkin akan menjadi peranti Pixel paling mahal. Walaupun begitu, harga jualannya dikatakan masih lagi lebih murah berbanding pesaing seperti Galaxy Z Fold3. Harga jualan yang Google dikatakan ingin jual Pixel Notepad adalah $1400, iaitu sekitar RM5865.

Pixel Notepad ini dijangka akan hadir selepas Android 12L menjadi lebih stabil, mungkin sekitar hujung tahun ini atau mungkin juga seawal 2023. Informasi lanjut berkenaan dengan peranti ini masih lagi misteri, sama-sama kita nantikan.