Semua 18 PPS ditutup, 3,458 mangsa banjir KM, Pitas dihantar pulang

7 Jan 2022 • 12:34 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KOTA MARUDU: Sebanyak 18 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masing masing 14 di Kota Marudu dan empat di Pitas telah ditutup secara rasmi kira kira jam 1 petang pada Khamis sebaik sahaja keadaan banjir telah surut di kedua-dua daerah itu.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintenden Zairolnizal Ishak, berkata seramai 3,458 mangsa membabitkan 1,263 ketua isi rumah termasuk 99 bayi, 25 Orang Kelainan Upaya (OKU) dan 42 warga emas yang dipindahkan telah dihantar pulang ke kediaman masing-masing.

Banjir yang berlaku sejak Jumaat hingga Selasa lepas telah menjejaskan kira-kira 60 buah kampung di kedua-dua buah daerah berkenaan.

“Pengisytiharan penutupan semua PPS dibuat pada jam 8 pagi pada Khamis oleh Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Kota Marudu dan Pengerusi PKOB Pitas.

“Kesemua mangsa telah selamat dihantar pulang ke rumah masing-masing dan penugasan berakhir pada sekitar jam 4 petang hari yang sama,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.