“Tak Berbaloi Untuk Pergi..” Dulu ‘Hype’, Bandar Agacia Di Perak Kini Terbengkalai

18 Jan 2022 • 9:20 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Jika dahulu taman tema MAPS di Perak telah ditutup berikutan tiada sambutan dan seterusnya lokasi tersebut menjadi suram dan terbengkalai akhirnya.

Baru-baru ini tular pula di media sosial apabila seorang pengguna Twitter bernama @eiffajamalulail menunjukkan sebuah lagi tempat menjadi tumpuan pelancong berikutan struktur bangunannya yang unik kembali menjadi satu lagi ‘ghost town’.

Bandar Agacia yang terletak di Kampar, Perak difahamkan telah sepi daripada kehadiran pengunjung dan banyak kedai di dalamnya terpaksa ditutup kerana tidak mendapat keuntungan daripada orang ramai

Malah, cat bangunan dan banyak struktur juga luntur dan rosak kerana tidak diselenggara.

image is not available

Sumber : Twitter  

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menganggap pembinaan Bandar Agacia seperti satu pembaziran dan bakal ditutup selama-lamanya seperti taman tema MAPS.

Ada juga dalam kalangan warga maya yang menyenaraikan beberapa faktor kenapa lokasi tersebut tidak mendapat sambutan antaranya, sewa kedai yang mahal, tempat tidak strategik serta pengurusan bangunan yang tidak efisien.

image is not available 4 hari lalu

Nak Minum-Minum Sambil OOTD? Ini 5 Kafe 'Instagrammable' Yang Boleh Anda Kunjungi

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved