[VIDEO] Pemuda Berlagak Samseng Di Jalan Raya Lepas Gagal Potong ‘Queue’ Di Lampu Isyarat

Entertainment
25 Jan 2022 • 11:39 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sekarang ni macam kerap pula kita dengar cerita berkenaan pembuli atas jalan raya atau road bully, kan? Biasanya orang macam ni, dia yang akan buat masalah, kemudian dia jugalah yang buat provokasi.

Terkini, tular satu rakaman video dari dashcam seorang pengguna jalan raya melihatkan aksi lelaki berlagak samseng selepas cubaannya untuk memotong barisan di lampu isyarat gagal.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di kawasan Setia Alam dua hari lepas. Rakaman video itu melihatkan kereta Proton Perdana hitam tersebut terus menghala ke hadapan lampu isyarat di sekitar kawasan Setia Taipan tanpa mengendahkan barisan kenderaan lain di belakangnya.

Pemilik video ini dikatakan tidak sedar akan kereta tersebut sebelum dia meneruskan perjalanannya tanpa memberi laluan kepada Perdana hitam itu.

Perkara ini sekaligus membuatkan pemilik kenderaan itu ‘naik angin’ dan mula bertindak mengejar mereka. Pemandu Perdana hitam itu akhirnya keluar dari keretanya selepas memintas laluan apabila kereta pemilik dashcam ini berhenti untuk menghantar rakannya pulang.

Lelaki berkopiah hitam itu kemudiannya berjalan dengan gaya samseng dan cuba untuk mencetuskan pergaduhan. Lebih mengundang kemarahan netizen, lelaki itu juga tidak memakai pelitup muka, sekaligus melanggar prosedur operasi standard Covid-19.

Walau bagaimanapun, lelaki itu dikatakan terus melarikan diri dari tempat kejadian setelah mendapati dirinya dirakam pada dashcam depan dan belakang.

Pemilik dashcam itu juga menyatakan dia akan ke balai polis untuk menunjukkan kesalahan pemandu Proton Perdana tersebut dengan bukti yang dirakam, menjadikan lelaki berkopiah itu meninggalkan tempat kejadian.

Saman tertunggak lebih RM8,000!

Klip yang dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter @vicenzolorenzo itu menerima pelbagai reaksi dari netizen, di mana rata-rata mereka meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemandu Proton Perdana itu.

image is not available

Bukan kesalahan pertamanya, netizen turut mengenal pasti kenderaan tersebut mempunyai sejumlah 38 saman yang bernilai RM8,150.

image is not available

Macam-macam hal, kan? Kalau nak tunjuk samseng sekalipun, kopiah tu bukaklah dulu…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.