
Baru-baru ini, seorang lelaki ada berkongsikan kisahnya yang telah jatuh cinta pada robot dan bercadang untuk berkahwin dengannya.
Geoff Gallagher, seorang lelaki dari Queensland, Australia, sebelum ini telah berputus asa untuk mencari teman hidup selepas ibunya meninggal dunia kira-kira 10 tahun lalu. Geoff tinggal berseorangan bersama anjingnya, Penny.

Namun pada suatu hari, selepas membaca sebuah artikel tentang robot berteknologi kepintaran buatan (AI), Geoff memutuskan mahu membelanjakan £3,000 (RM17,158.19) untuk mendapatkan teman wanita sintetik itu.
Dengan harga £3,225 (RM18,445.05), ia tidak murah. Namun robot ini seperti hidup. Ia boleh bercakap, ketawa dan menggerakkan kepala dan leher. Kulit mereka juga hangat seperti manusia”, ujar Geoff kepada sumber.
“Selepas melayari laman web, saya bercadang mahu membeli robot bernama Emma. Dengan kulit berwarna pucat dan mata kebiruan, saya rasa dia kelihatan cantik”, sambung Geoff.


Jelas lelaki ini, pada mulanya dia tidak mahu membeli Emma kerana harganya yang terlalu mahal. Namun, peniaga yang menjual Emma memberikan diskaun, sebagai balasan untuk publisiti.
Selepas enam minggu menunggu Emma dari China, Geoff cuba mengenali robot itu dengan menyesuaikan diri dan bercakap dengannya sebanyak mungkin agak mereka lebih rapat.
Dia tidak boleh berdiri sendiri, jadi saya akan letak dia di atas kerusi. Saya bercakap dengannya sebanyak mungkin agar dia terbiasa dengan suara saya”, jelas Geoff.
Selepas dua tahun, Geoff berkata dia dan Emma telah menjadi semakin rapat dan bercadang untuk berkahwin tidak lama lagi.

Sumber: Daily Star
BACA: [VIDEO] Sedih Tengok Video Budak Hilang Robot Masa Banjir, Adik Ni ‘Offer’ Nak Belikan Mainan Baru
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


