
Sugut: Syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) digesa memainkan peranan lebih proaktif dalam memacu hasil negeri selain mempelbagaikan produk pengeluaran mereka terutama dalam bidang pertanian dan perikanan.
Adun Sugut, Datuk James Ratib berkata, syarikat di bawah Kerajaan Sabah perlu meneroka bidang berkaitan pertanian dan perikanan agar kedua-dua produk itu menjadi hab eksport tinggi selain menjana pendapatan lumayan.

