“Orang cari salah je sekarang”- Isu ‘Uncle’ Ditarik Keluar Lif, Anak Zahid Hamidi Buka Mulut…

Entertainment
26 Jan 2022 • 5:03 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dua hari lalu, video seorang lelaki ditarik keluar dari memasuki lif bersama Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika menghadiri pendengaran keputusan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur telah tular di media sosial.

Video tular tersebut ternyata mendapat kecaman hebat dari netizen yang rata-ratanya menganggap tindakan lelaki yang dipercayai pengawal peribadi itu sebagai biadap.

“Atas faktor keselamatan”

Ekoran dari ini, Anak kepada presiden UMNO Nurulhidayah Zahid Hamidi telah memuat naik beberapa tangkap layar di Instagram peribadinya bagi menjelaskan situasi sebenar.

Jelas Nurulhidayah, lelaki yang ditarik keluar itu bukanlah orang yang sedang menunggu lama di lif. Tapi dia merupakan penyokong Zahid yang datang dari Pulau Pinang untuk memberikan sokongan.

Namun, lelaki yang mahu masuk lif bersama-sama Zahid untuk ke tingkat 4 mahkamah itu terpaksa ditarik keluar atas faktor keselamatan.

Dia memang tunggu nak masuk lift sama-sama.”

image is not available

image is not available

“Mentang-mentanglah Zahid Hamidi, semua salah”

Tambahnya lagi, bodyguard yang menarik keluar lelaki tersebut adalah pekerja salah seorang kenalan bapanya dan menegaskan bukan pengawal peribadi Zahid.

Katanya lagi, lelaki tersebut hanya menjalankan tugasnya sebagai seorang pengawal peribadi.

Bodyguard tu merujuk kepada bodyguard salah seorang kenalan BUKAN bodyguard Zahid Hamidi.”

image is not available

Untuk pengetahuan korang, Zahid Hamidi menghadiri Mahkamah Tinggi pada 24 Januari lalu untuk mendengar keputusan berhubung 47 pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.