“Selalu Dengar Orang Muda ‘Complain’ Pasal Tempat Kerja, Bersyukurlah Sebab Ada Yang Lagi Susah”

Entertainment
12 Jan 2022 • 12:42 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, pelawak Harith Iskander membuat satu ciapan di Twitter yang telah menaikkan amarah warganet terutamanya dari golongan muda.

Melalui ciapan tersebut, beliau memuatnaik sebuah gambar memaparkan dua individu warga emas sedang mencari rezeki di dalam satu saliran air.

Namun, apa yang membuatkan netizen tidak berpuas hati dengan pelawak tersebut apabila dia menasihati gologan muda untuk sentiasa bersyukur dengan kerja yang mereka ada dan tidak perlu merungut.

Harith berpendapat golongan muda ini tidak berhak untuk merungut dengan tempat kerja mereka jika hendak dibandingkan dengan pekerjaan dua individu di dalam gambar yang dipaparkan oleh beliau itu.

Meninjau di ruangan komen ciapan itu, rata-rata netizen menghentam pelawak tersebut serta mengatakan golongan kaya sepertinya tidak perlu sesuka hati menghakimi orang yang kurang bernasib baik serta berpendapat lebih rendah.

image is not available

Sumber : Twitter 

Namun, tidak mahu kalah dengan kecaman yang dilontarkan dari netizen untuk dirinya, Harith turut membalas komen-komen tersebut.

image is not available

Sumber : Twitter 

Malah, pelawak yang juga merupakan seorang pelakon itu membuat satu lagi ciapan bahawa dia tetap dengan pendiriannya dah tidak menghiraukan kecaman yang diterima dari warganet.

image is not available

Sumber : Twitter 

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 4 jam lalu

Kes 'Kafirkan' Ebit Lew, Ustaz Abu Syafiq Menang Saman Fitnah