
PUTATAN: Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup percaya parti itu memperkukuh pengaruhnya di Sabah dengan lebih ramai orang menyokong perjuangannya di bawah panji Barisan Nasional (BN).
“Setakat ini, saya masih belum mengesahkan angka itu tetapi sebelum ini keahlian kita kira-kira 70,000, dan baru-baru ini meningkat kepada lebih 100,000. Ini bermakna PBRS semakin kukuh.
