Doktor Klinik Swasta Ditahan Jual Sijil Vaksin Berharga RM400-RM500 Satu

10 Jan 2022 • 2:24 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Doktor berusia 51 tahun dari sebuah klinik swasta Kuala Terengganu ditahan kerana disyaki menjalankan kegiatan menjual Sijil Vaksinasi palsu kepada pelanggannya.

 

Jual secara online

image is not available

Sijil itu dijual dengan harga antara RM 400 ke RM 500 seorang. Ketua Polis Terengganu DCP Dato’ Rohaimi Bin Md Isa berkata, dalam serbuan pada 8 Januari 2022 lepas, sebanyak 1,900 sijil vaksinasi telah dirampas oleh pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK).

Katanya lagi menerusi laman Facebook Polis Terengganu, sijil itu dijual secara atas talian dan ianya dijual kepada pelanggan yang menolak pengambilan vaksin yang mahu mendapatkan keperluan merentas negeri.

Susulan itu, Dato’ Rohaimi memberikan amaran kepada mana-mana pihak yang mengeluarkan Sijil Vaksinasi palsu kepada pelanggan demi mengaut keuntungan agar menghentikan tindakan yang melanggar etika ini.

Beliau turut meminta orang ramai untuk menyalurkan maklumat kepada pihak PDRM Terengganu supaya tindakan lanjut dapat diambil demi kesejahteraan semua jika mempunyai maklumat kegiatan seperti ini di kawasan tersebut.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.