Apple Menjadi Jenama Telefon Pintar Nombor Satu Pada S4, 2021 – Mengalahkan Samsung Dan Xiaomi

TechnologyDigital
19 Jan 2022 • 12:57 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Canalys kini telah mengeluarkan data untuk suku tahun ke-4 2021, berkaitan dengan pengeluaran telefon pintar.

Mengikut data yang dikeluarkan, Apple menerajui pasaran melalui pengenalan iPhone 13, dan memegang sebanyak 22% pasaran telefon pintar global.

Samsung pada suku tahun sama, mempunyai pegangan sebanyak 20% – dengan perbezaan sebanyak 2%. Xiaomi pula ditangga ke-3 dengan pegangan sebanyak 12%.

image is not available

Selain pengenalan iPhone 13, masalah komponen dan semikonduktor turut membuatkan pengeluar telefon pintar lain menghadapi masalah dan cabaran dalam memasarkan produk masing-masing.

Mengikut pelbagai penganalisa, masalah semikonduktor ini dijangka akan berlarutan sehingga pertengahan kedua 2022 ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved