Entri tentang iPhone SE 5G muncul dalam pengkalan data Russia

Digital
19 Jan 2022 • 10:24 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Dalam pengkalan data pihak berkuasa Russia terdapat beberapa produk Apple baharu yang masih belum dijual di dalam pasaran. Melihatkan kepada nombor kod enter-entri tersebut, penganalisis pasaran berpendapat yang ia adalah Apple iPhone SE+ 5G beserta beberapa varian Apple iPad Air generasi ke-5.

image is not available
Ada beberapa varian yang didakwa iPhone SE+ diksean

Ia selari dengan laporan kami tentang perancangan Apple untuk melancarkan versi iPhone SE lebih segar yang dilengkapi capaian 5G. Ia tidaklah sesegar yang dijangkakan kerana menerusi beberapa sumber yang boleh dipercayai, rekaannnya masih berasaskan iPhone SE (2020) ataupun iPhone 8.

Rekaannya tersangatlah lapuk dan yang menjadi tanda tanya adalah berapa besarkah bateri yang akan diberikan kerana capaian 5G sudah tentu menelan tenaga yang banyak untuk beroperasi.

image is not available
Entri tentang tablet Apple

Untuk rujukan, iPhone SE (2020) menggunakan cip A13 Bionic, cip yang diguna pakai siri iPhone 11dalam tahun 2019. Di bahagian muka, ia ada paparan 4.7" pada resolusi HD+.

Di bahagian depan dan belakang masing-masing dilengkapi kamera 7MP dan 12MP.

Buat pengguna Malaysia, iPhone SE (2020) boleh didapati pada hargaseperti berikut

  • Storan 64GB RM1,999
  • Storan 128GB RM2,199
  • Storan 256GB RM2,699

Sumber: GSMArena

Bacaan berkaitan