Dr Mahathir dibenar keluar IJN

13 Jan 2022 • 7:02 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 13 JAN: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 3.45 petang ini selepas berjaya menjalani prosedur perubatan elektif.

IJN dalam kenyataan ringkas berkata Dr Mahathir akan menjalani proses pemulihan seterusnya di rumah.

“Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua yang mengambil berat dan mendoakan kesihatannya sejak seminggu yang lepas, apabila Dr Mahathir dimasukkan ke Institut Jantung Negara,” menurut kenyataan itu.

Dr Mahathir dimasukkan ke IJN pada 7 Jan lepas bagi menjalani prosedur perubatan elektif.

Pada 16 Dis lepas Dr Mahathir dimasukkan ke IJN untuk pemeriksaan perubatan menyeluruh dan pemantauan lanjut, sebelum dibenarkan keluar dari IJN pada pukul 11.39 pagi 23 Dis.

— BERNAMA

 

 

The post Dr Mahathir dibenar keluar IJN appeared first on Selangorkini.