Tun M keluar IJN hari ini

Politics
13 Jan 2022 • 6:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan pulang ke rumah selepas beberapa hari menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 3.45 petang Khamis.

Menurut IJN dalam satu kenyataan pada Khamis, Tun Mahathir akan meneruskan proses pemulihan dan rawatan di rumah.

“Tun Mahathir dan Isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali mengucapkan terima kasih kepada semua orang atas keprihatinan dan doa mereka ketika beliau dimasukkan ke IJN,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Pada 16 Disember lalu, Tun Mahathir dimasukkan ke IJN bagi menerima rawatan kesihatan pada kira-kira jam 7 petang.