Mahu Elak Majlis Kahwin Tertangguh, Wanita Ini Sanggup Dijangkiti Covid-19

Entertainment
12 Jan 2022 • 4:25 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di aplikasi TikTok, satu rakaman video menunjukkan seorang bakal pengantin wanita dari Melbourne yang cuba untuk melakukan seberapa banyak perkara yang membolehkannya dijangkiti Covid-19.

Difahamkan, wanita itu berbuat demikian supaya virus maut itu tidak mengganggu majlis perkahwinannya.

Menerusi rakaman video bertajuk Catch Covid not feelings itu, wanita berkenaan dilihat berhibur di sebuah kelab malam sebelum berkahwin pada Februari depan.

image is not available

Wanita berkenaan memeluk beberapa lelaki dan sanggup berkongsi minuman dengan orang lain di kelab malam tersebut supaya dijangkiti virus tersebut.

Dia melakukan demikian dengan harapan dia akan dijangkiti Covid-19 pada waktu itu dan bukannya pada hari menjelang perkahwinannya.

Video tersebut bertentangan dengan amaran pakar kesihatan yang menggesa warga Australia supaya mengelak daripada dijangkiti virus itu.

Info tambahan, hampir 100,000 kes Covid-19 sehari dilaporkan di seluruh Australia akibat varian Omicron yang semakin berleluasa.

image is not available 19 jam lalu

"Sangat Mengarut!" - Netizen Tak Puas Hati Elaun Bulanan Kerja Imam Rawatib Tak Masuk Akal