Tarif Baharu Letrik Bakal Diumumkan, Kerajaan Jamin Takkan Bebankan Rakyat

10 Jan 2022 • 10:51 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kerajaan baru-baru ini telah membuat keputusan untuk mengumumkan kadar tarif baharu elektrik yang bakal digunakan dalam tempoh tiga tahun iaitu 2022 hingga 2024 dalam masa terdekat ini.

Menurut Astro AWANI, tarif baharu elektrik ini walau bagaimanapun dijamin kerajaan tidak akan membebankan rakyat.

image is not available

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, tarif baharu ini juga akan memberi manfaat khususnya kepada hampir 85% daripada 8 juta pemilik akaun domestik di seluruh negara.

Keadaan negara sekarang yang baru pulih daripada pandemik COVID-19 dan krisis ekonomi berikutan wabak itu telah menjadi pertimbangan kepada kerajaan dalam menentukan kadar tarif elektrik baharu.

“Kerajaan telah mengkaji (perkara ini) dan akan membuat pengumuman dalam masa terdekat. Namun saya menjamin ia (tarif elektrik) tidak akan membebankan rakyat khususnya pemilik akaun domestik iaitu akaun rumah,” katanya.

image is not available

Dalam pada itu, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, lebih 40,000 Ketua Isi Rumah (KIR) akan manfaatkan rebat 100% secara one off bagi bil elektrik Disember.

Inisiatif ini dibuat bagi meringankan beban mangsa banjir yang terkesan dalam musibah sejak 18 Disember lepas.

Kerajaan juga menurutnya dalam usaha menggalakkan orang ramai menggunakan peralatan elektrik yang bertaraf 4 ke 5 bintang untuk menjimatkan tenaga elektrik.

Sama-sama kita nantikan tarif baharu letrik yang bakal diumumkan kerajaan tak lama lagi.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.