perkembangan teknologi juga ada kesan sampingan kepada kita kerana ada yang mengambil kesempatan membuat penipuan kepada mangsa yang kurang celik dengan maklumat ‘scammer’.
Zaman digital kini telah mengubah segalanya sejak 10 tahun kebelakangan ini. Seluruh dunia berlumba untuk mengejar dan mencapai kecanggihan yang mereka miliki untuk memudahkan urusan kerja, kepuasan dan sebagainya. Oleh itu, perkembangan teknologi juga ada kesan sampingan kepada kita kerana ada yang mengambil kesempatan membuat penipuan kepada mangsa yang kurang celik dengan maklumat ‘scammer’.
Kini, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai satu bahagian yang khusus untuk mencegah dan menghapuskan scammer dalam talian yang telah mengenakan beribu mangsa dengan nilai jutaan ringgit. Dengan itu, kita juga sebagai rakyat boleh membuat rujukan dengan pihak yang betul bagi urusan aduan dan sebagainya. Teknik yang sering digunakan oleh pihak scammer ini adalah dengan membuat panggilan untuk menawarkan pelbagai hadiah dan pinjaman yang tidak masuk akal. Berikut saya kongsikan beberapa tips untuk mengenal pasti scammer dalam talian.
Pastikan syarikat mendaftar dengan kementerian perumahan dan kerajaan tempatan (KPKT)

Pasca pandemik Covid–19 menjadikan ramai daripada kita kehilangan pekerjaan, gaji dipotong, dan pelbagai cabaran kewangan. Para scammer juga pantas mengambil kesempatan dengan menawarkan pinjaman kepada mereka yang terdesak memerlukan wang bagi meneruskan kehidupan seharian. Mereka juga mendapatkan nombor telefon kita dengan pihak ketiga yang menjual data kepada pihak scammer ini. Apabila mereka membuat panggilan, kita harus bertanyakan nama syarikat dan alamt syarikat bagi tujuan pemeriksaan maklumat syarikat berikut di agensi KPKT. Semakan juga boleh dibuat melalui aplikasi ‘I – Kredikom’ bagi memastikan kita tidak tertipu dengan scammer.
Kita perlu membayar wang pendahuluan sebelum mendapat wang pinjaman

Semua bank di Malaysia atau institusi kewangan yang sah tidak akan meminta wang pendahuluan bagi meluluskan atau mendapatkan pinjaman. Pihak scammer akan membuat jaminan jika kita membayar pendahuluan, pinjaman kita akan terus diluluskan dengan segera dan dapat amaun yang sangat tinggi. Janji yang sebegini akan mengaburkan mata kita. Lagi menyedihkan ada pihak yang sanggup membayar sejumlah RM20,000 bagi meluluskan pinjaman mereka.
Tawaran faedah sangat rendah atau 0% faedah

Seperti bank dan institusi kewangan lain yang ada di Malaysia ini, mereka juga akan berlumba untuk merendahkan kadar faedah bagi pinjaman mereka bagi menarik minat pelanggan mereka. Akan tetapi pihak Bank Negara Malaysia (BNM) juga telah menetapkan kadar lantai bagi peratusan faedah yang dikenakan kepada peminjam. Teknik scammer yang licik, mereka akan menawarkan faedah yang tidak masuk akal seperti 0% faedah. Bakal peminjam akan tertipu dengan teknik ini.
Proses dan prosedur yang mencurigakan
Ada juga scammer yang memanipulasikan proses dan prosedur pinjaman dengan meminta gambar kad bank korang depan dan belakang. Ada juga yang sehingga meminta gambar buku bank kita untuk mereka memanipulasikannya. Seorang rakan saya pernah terkena iaitu dia disuruh untuk memberi kad bank kepada mereka bagi tujuan jaminan bahawa bayaran akan mengikut tarikh yang ditetapkan. Selain itu, terdapat kes dimana pihak scammer meminta mereka untuk memasukkan duit pendahuluan ke dalam akaun persendirian dan bukan pada akaun bank syarikat tersebut. Akan tetapi ramai juga yang tertipu dengan prosedur yang mencurigakan atas sebab terdesak dan terpaksa. Saya sarankan korang semua membuat pinjaman dengan bank dan institusi yang berlesen dibawah KPKT. Jadikan maklumat saya ini sebagai panduan supaya korang tidak terkena suatu hari nanti.
Abdul Muhaimin adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!
*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.
