Isu Viral Makanan RMT Hanya Nasi & Kuah, Rupanya Bukan Untuk Dihidangkan Pada Murid

21 Jan 2022 • 10:17 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selepas tular di media sosial mengenai gambar nasi dan kuah yang dikatakan dibawah program Rancangan Makanan Tambahan (RMT), pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuat siasatan terperinci mengenai kes itu.

Hasil siasatan yang dijalankan, ianya ternyata bukanlah makanan yang disediakan bagi program tersebut. Perkara ini disahkan sendiri oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin.

Kenyataan itu dibuat di akaun Facebook miliknya dengan menyatakan dalam posting status beliau bahawa wakil dari KPM sendiri telah turun ke sekolah tersebut untuk memeriksa sendiri penyediaan makanan untuk RMT.

Saya telah menerima maklum balas bagi perkongsian mengenai gambar yang didakwa sebagai makanan untuk murid di bawah…

Posted by Dr Radzi Jidin on Thursday, January 20, 2022

“Siasatan mendapati gambar yang ditularkan itu bukan makanan yang disediakan untuk penerima RMT di sekolah. Makanan bagi semua penerima RMT disediakan oleh pihak kantin untuk murid makan di sekolah sahaja.” – Radzi Jidin

Ujarnya lagi, pihak KPM juga akan berusaha sedaya upaya untuk menambahbaik program RMT yang telah lama diwujudkan tu dari segi penyediaan makanan dan juga bekalan susu kepada penerima-penerima RMT.

Sementara itu, di bahagian komen, ramai yang memberi pujian ke atas kesungguhan dan kepantasan pihak KPM dalam menyelesaikan isu yang viral itu. Malah, ada juga yang berkongsikan pengalaman sendiri menerima atau menyediakan makanan untuk program RMT

image is not available

Min harap lepas ni korang lebih berhati-hati yaa sebelum viralkan sesuatu. Pastikan dah sahih, baru share okay?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.