Bayi Kritikal Lepas Airbag Meletup, Ini Sebab Kenapa Tak Boleh Letakkan ‘Baby Seat’ Kat Kerusi Depan

Entertainment
12 Jan 2022 • 1:33 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Mungkin ada yang tak alert mengenai perkara ini, terutamanya ibu bapa yang baru sahaja menimang cahaya mata pertama bahawa baby case (tepat duduk bayi) ini tidak sepatutnya letak di depan tempat duduk kereta.

Perkongsian daripada seseorang ini telah membuka mata kita mengenai kesilapan dalam membuat langkah keselamatan ini sebaliknya membuat ia lebih merbahaya jika melakukan perkara sedemikian.

 

Airbag terkeluar, bayi cedera parah

Ada seorang netizen kongsikan satu kes apabila tempat duduk bayi yang diletakkan di tempat duduk depan mengundang parah apabila airbag tiba-tiba terkeluar dan menyebabkan tempurung kepala bayi tersebut pecah dan mengalami pendarahan dalam otak.

image is not available

Perkongsian daripada Facebook ini jadi viral di Twitter sehingga 2,700 dalam masa 6 jam ia dikongsikan.

Disebabkan itu, ada warganet sebenarnya sudah memberikan amaran bahawa peringatan itu ada ditambal dekat baby car sear tersebut yang mungkin ramai tak perasan.

image is not available

Malah, ramai orang jadi bimbang apabila terbaca satu perkongsian ini, mereka sedar bahawa baby seat ini paling selamat ada di bahagian penumpang belakang kereta.

Dalam masa yang sama, ramai netizen berpesan agar biarlah anak menangis jika tidak dapat duduk di bahagian depan asalkan nyawa mereka terselamat

Tak boleh bayangkan macam mana kes tu jadi bila tengok video kat bawah ni.

 

Risau tengok – Netizen

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Daripada perkongsian ini, ketahuilah bahawa meletakkan anak di car seat depan sambil ibu duduk dibelakang bukanlah langkah yang selamat.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.