Bersubahat terima deposit haram: Lelaki gagal ketepi sabitan

13 Jan 2022 • 2:33 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang lelaki tempatan berumur 53 tahun gagal dalam rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara setahun dan denda RM100,000 kerana bersubahat menerima deposit haram daripada orang awam.

Hakim-hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, Datuk Supang Lian dan Dato’ Nordin Hassan menolak rayuan Yong Thain Vun selepas mendengar hujah daripada peguamnya dan pendakwaan, sebagai responden.

Mahkamah itu mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Sesyen dan memerintahkan hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah lebih rendah itu dimulakan pada 11 Januari.

Yong pada 21 April, 2016 dipenjara setahun dan diperintah membayar denda RM100,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen selepas dia didapati bersalah bersubahat dengan pengarah syarikat, Datuk Noor Ismahanum Mohd Ismail menerima deposit haram di Worldwide Far East Berhad antara 6 November, 2010 dan April 23, 2012 di No 11B, Tingkat 11t di Wisma Fok Loi, di sini.

Pertuduhan menyatakan bahawa Yong merupakan Pengurus Cawangan Worldwide Far East Berhad pada waktu itu.

Pengarah syarikat terbabit pada 30 Oktober, 2014 dipenjara lima tahun selepas dia mengaku bersalah menerima wang haram daripada orang awam dan juga pengubahan wang haram.

Yong, berjaya memperolehi penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

Rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Sesyen ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 13 Ogos, 2018.

Yong juga memperolehi penangguhan hukuman sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan.

Yong diwakili oleh peguam Chin Tek Ming, Edward Paul dan Lindsay Michael.