
Baru-baru ini, tular satu video memaparkan kemalangan melibatkan dua beranak telah merempuh sebuah kereta yang berlaku dekat persimpangan lampu isyarat Jalan Sempadan, Parit Buntar.
Menurut Astro AWANI, kejadian tersebut didakwa berlaku apabila sebuah motosikal dilihat meluru laju hingga melanggar lampu isyarat merah dipercayai demi mengejar sebuah kenderaan lain yang dinaiki teman lelakinya dan seorang wanita.
2 wanita terpelanting akibat merempuh kereta selepas langgar lampu merah di simpang
Update cerita sebenar: Kemalangan gara-gara mahu kejar kekasih curangArtikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/184031/BERITA/Semasa/Kemalangan-gara-gara-mahu-kejar-kekasih-curang2 wanita terpelanting akibat merempuh kereta selepas langgar lampu merah di simpang. Kejadian dikatakan berlaku di Parit Buntar, Perak.Kredit: FB Syahir Yusof & TikTok utusantvofficial
Posted by Sembang Abam & Akak on Thursday, January 20, 2022
Menerusi rakaman dashcam kereta yang dilanggar, motosikal berkenaan dilihat telah melanggar bahagian tepi kereta hingga mengakibatkan penunggang jatuh dan pembonceng pula terpelanting ke atas kereta.
Walau bagaimanapun, mujurlah kedua-dua mangsa selamat dan hanya mengalami cedera ringan. Aduhai nasib baik!

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, kejadian berkenaan berlaku sekitar jam 2.20 petang pada Ahad lalu melibatkan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun menunggang Yamaha Ego bersama ibunya yang berusia 56 tahun.
Perlanggaran itu menyebabkan penunggang dan pembonceng alami luka di kaki dan badan, manakala kereta yang dilanggar pula alami kerosakan di bahagian pintu, cermin hadapan dan lampu pecah.
“Kompom lesen kopi o tu”
Video berkenaan telah mengundang pelbagai komen teguran dan kecaman terhadap penunggang motosikal yang ternyata salah dalam hal tersebut.
Apa-apapun ramai yang meminta penunggang lebih berhati-hati di masa hadapan.

Mujurlah tak cedera teruk. Harap lepas ni janganlah buat adegan kejar mengejar macam ni. Nyawa lagi penting dari kekasih curang dik oi!
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


