
Kota Kinabalu: Program pembangunan bola sepak Tabs mungkin akan diperluaskan ke bahagian lain di negeri ini dalam masa terdekat.
Timbalan Pengerusi Tabs Safa Bandaraya, Lokman Sunggim berkata pada Sabtu lalu bahawa Presiden Persatuan Bolasepak Sabah (Safa), Datuk Seri Bung Moktar Radin kagum dengan program itu yang ketika ini dijalankan di bahagian Pantai Barat.

