AMD perkenal CPU laptop siri Ryzen 6000 yang boleh ray-tracing

Digital
5 Jan 2022 • 4:42 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Di CES 2022, AMD mengumumkan 10 APU untuk laptop sekaligus bagi mendepani arus 2022. Siri Ryzen 6000 untuk laptop hari dalam pelbagai SKU berbeza pada bilangan teras, clockspeed, dan keperluan tenaga.

SKU paling berkuasa dalam kelompok ini adalah Ryzen 9 6980HX. Ia hadir dengan 8 teras fizikal beserta 16 thread pada kelajuan minimum 3.3Ghz tapi boleh pergi sehingga 5.0Ghz dalam keadaan tertentu. Cip ini menelan tenaga sekurang-kurangnya 45W sewaktu beroperasi. Berada di sebalah paling bawah spektrum adalah Ryzen 5 6600U. Cip ini ditujukan pada laptop yang lebih cekap tenaga, antara 15 hingga 28W. Ia dilengkapi 6 teras fizikal dan 12 thread pada kelajuan bermula 2.9Ghz.

image is not available

Ada sebilangan cip ini menggunakan enjin grafik RDNA2 bagi menggantikan Vega yang diguna pakai sebelum ini. Menurut AMD, ia menggandakan prestasi grafik dan memberikan kemampuan unuk lakukan ray­tracing menggunakan grafik terbina pada CPU ini.

image is not available

Antara yang dipetik AMD bakal menggalas cip-cip ini adalah seperti Acer Nitro 5, ROG Zephyrus G14, Alienware m17 R5, HP EliteBook 845/865 G9, Lenovo Legion 5 Pro, dan Razer Blade 14. Mereka ini bakal membanjiri pasaran seawal April 2022.

image is not available

Sumber: AnandTech

Bacaaan berkaitan