LG Memperkenalkan Teknologi OLED.EX Yang Meningkatkan Keterangan Skrin

TechnologyDigital
3 Jan 2022 • 2:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Setiap tahun skrin semakin besar, semakin tinggi resolusi dan semakin hadir dengan ciri-ciri canggih. Di LG, mereka memperkenalkan pula teknologi panel OLED.EX yang menurut mereka mampu meningkatkan keterangan skrin sehingga 30%. Dengan ini keterangan TV OLED yang selama ini hanya sehingga 600 nits akan dapat dipertingkatkan bagi bersaing dengan Mini LED yang boleh mencecah 2000 nits.

image is not available

Untuk mencapai tahap keterangan yang tinggi ini, diod OLED EX diintegrasikan dengan deuterium menggantikan hidrogen yang digunakan sebelum ini. Selain keterangan lebih tinggi, panel OLED EX juga dikatakan mampu memaparkan warna yang lebih tepat berbanding panel OLED biasa. LG masih belum mengumumkan bilakah televisyen pertama menggunakan panel OLED EX akan dijual.