“Sakit Tu Ada La Sikit, Tapi Malu Tu Lagi Banyak” – Nabila Razali Tersadung Ketika Buat Persembahan

4 Jan 2022 • 11:56 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini tular di aplikasi Tiktok video penyanyi, Nabila Razali yang tersadung ketika membuat persembahan di sebuah acara pada malam sambutan ambang tahun 2022 di Menara Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Nabila atau nama lengkapnya Nur Nabila Mohd Razali mengalami sedikit lebam pada bahagian kaki akibat insiden tersebut.

Menurut Nabila, 29, apa yang berlaku pada malam itu memang sesuatu yang sangat tidak dijangka.

Tak ada apa yang serius, sakit tu ada la rasa sikit tapi malu tu lagi banyak. Nak buat macam mana, persembahan perlu diteruskan.

Biarpun terjatuh tanpa diduga, penyanyi lagu Peluang Kedua itu tetap berjaya mengawal situasi dengan mengucapkan selamat tahun baru kepada tetamu yang hadir.

Ikutkan malu 99 peratus, sakit hanya 1 peratus. Tapi semua orang dari serius terus gelak ketawa. Dapat pahala juga buat orang tersenyum.

@nabila.razalii

Most embarrassing moment in my life! ?????

? Oh No – Kreepa

Bagaimanapun, Nabila menganggap insiden tersebut menjadi kenangan dan penutup untuk tahun 2021 serta berharap kejadian itu tidak berulang lagi.

image is not available 1 minggu lalu

Nabila Razali Seru Orang Ramai Jadi Sukarelawan, Bantu Kerja Pembersihan Rumah Mangsa Banjir