Viral Gambar Harimau Tunggu Di Pagar SK Balar, Ini Rupanya Yang Berlaku…

11 Jan 2022 • 2:47 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Jumaat lepas, seorang lelaki Orang Asli telah maut dibaham harimau di Kampung Sai, Pos Bihai yang terletak di Gua Musang ketika dia sedang menumbuk padi huma bersama anak perempuannya.

Disebabkan ini, sesi persekolahan SK Bihai secara bersemuka yang sepatutnya bermula Isnin lalu terpaksa ditangguhkan.

Baru-baru ini pula, kecoh di media sosial bila seorang guru memuat naik gambar menunjukkan seekor harimau dilihat sedang menunggu di sebalik pagar asrama SK Balar hingga menimbulkan ketakutan pelajar dan penduduk sekitar.

Tiger melaya mari ziarah Sk Balar Gua Musang Asrama SK Balar dah ni..image is not availableDoakan Kami sentiasa didalam perlindungan Allah..Sk Balar, Gua MusangKredit : Muhammad Syibli

Posted by Ahmad Muzakkir Hamid – Page on Monday, January 10, 2022

Ekoran ini, Pejabat Pendidikan Daerah Gua Musang telah mengeluarkan surat pekeliling bagi memaklumkan penangguhan pembukaan sekolah secara bersemuka dan meneruskan sesi Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).

Manakala Berita Harian melaporkan, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kelantan, Mohamad Hafid Rohani berkata pihaknya telah mendapat maklumat mengenai kewujudan harimau di SK Balar tersebut.

Kita sudah terima maklumat berkaitan kehadiran harimau di SK Balar. Jarak SK Balar ke Pos Bihai iaitu kedudukan harimau sebelum ini adalah dua jam perjalanan.

Setakat ini, kita memasang tiga perangkap berkamera di Pos Bihai dan operasi serta pemantauan berterusan dijalankan bagi menangkap harimau terbabit.”

Manakala netizen di media sosial mengatakan punca harimau ini berkeliaran adalah disebabkan habitat mereka diterokai dan menyebabkan ia hilang tempat berlindung.

image is not available

Harapnya penduduk di sana selamat dan harimau tersebut dapat ditangkap dan diletakkan di tempat yang selamat untuknya dan jauh dari orang ramai.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.