Bomba Cari Nelayan Hilang 3 Hari, Rupa-Rupanya Pergi Rumah ‘Cousin’

30 Jan 2022 • 9:34 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Misi pencarian seorang nelayan yang dilaporkan ‘hilang’ di perairan, Kudat, utara Sabah selama tiga hari dilaporkan berakhir pada hari ini, seperti laporan The Star.

Difahamkan, nelayan yang dikhuatiri ‘hilang dan lemas’ itu berada dalam keadaan baik dan rupa-rupanya sedang menetap di rumah saudaranya.

 

image is not available

Sumber : Gambar Hiasan  

 

Tanggal 27 Januari lalu, isteri kepada nelayan yang berusia 54 tahun itu melaporkan kepada pihak berkuasa mengenai suaminya yang dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar memancing.

Namun pada hari Ahad, dia memaklumkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat bahawa suaminya itu dijumpai sedang berada di rumah saudara-maranya di Kampung Rosob.

Sepanjang operasi mencari dan menyelamat, lelaki yang hilang itu sebenarnya bersama saudara mara di kampung lain.

“Kami segera membatalkan operasi mencari dan menyelamat selepas dimaklumkan oleh isterinya pada 7.35 pagi (Ahad)” lapor jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah.

image is not available 1 hari lalu

Curi Masuk Sunway Lagoon Demi 'Content', YouTuber Diburu Polis

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved