
Penduduk di kawasan perumahan di bandaraya Ipoh baru-baru ini diberikan ‘peringatan’ oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) supaya tidak menanam pokok durian.
Menurut laporan, kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin kerana perbuatan tersebut sebenarnya melanggar garis panduan yang telah ditetapkan oleh MBI dan penduduk yang didapati bersalah, boleh didenda.
Tambah datuk bandar tersebut lagi, sememangnya MBI telah sediakan garis panduan untuk menanam pokok di kawasan kediaman di bandaraya tersebut, dan mereka yang tidak mematuhi garis paduan yang sedia ada akan didenda.

Dalam masa yang sama, beliau menegaskan bahawa pokok jenis kontan sahaja dibenarkan selain terdapat juga garis panduan bagi penggunaan baja tumbuhan dan penduduk yang menggunakan baja yang terlarang turut bakal dikenakan tindakan.
Kalau difikirkan logik, betul jugak apa yang diperkatakan ini. Kalau dah tanam pokok besar dekat kawasan rumah, nanti kalau tumbang, siapa nak bertanggungjawab? Kalau melibatkan kerosakan harta benda orang lain pulak macam mana?
Baca : Puting Beliung Tiba-tiba Landa Ipoh, Didakwa Ada Kaitan Dengan Lombong Batu Kapur Buatan Manusia?

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.
