Impak Drama Layangan Putus, Reza Rahadian ‘Seram’ Baca Komen Dimaki, Ada Netizen Malaysia!

7 Jan 2022 • 2:18 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Satu drama dari Indonesia iaitu Layangan Putus mengisahkan tentang suami berlaku curang terhadap isterinya mendapat sambutan hangat dari penduduk tempatan disana serta warga Malaysia.

Watak yang dibawa oleh Reza Rahadian iaitu Mas Aris amat ‘dibenci’ oleh penonton kerana lebih mengutamakan skandalnya, Lydia berbanding isterinya, Kinan yang baru sahaja keguguran anak kedua mereka.

Tular di TikTok memaparkan Reza membaca semula semua komen berunsur kecaman termasuklah dari netizen Malaysia dan beliau menunjukkan ekspresi ‘seram’ serta terhibur apabila membaca komen-komen dari peminat drama tersebut.

Walaupun berasa ‘takut’ dengan kecaman-kecaman netizen, dia sangat menghargai sambutan yang diterima oleh orang ramai untuk drama terbabit serta sempat juga meluahkan rasa geram dengan sikap buruk Mas Aris yang dilakonkannya.

Meskipun semua itu hanyalah lakonan, ramai wanita yang berasa takut untuk mempercayai lelaki selepas menonton drama itu, tetapi turut memuji barisan pelakon di dalam Layangan Putus itu kerana watak-watak mereka memberi kesan yang mendalam.

Naik darah tinggi tengok drama ni tau!

image is not available 4 jam lalu

"Selamatkan Saya" - Lelaki 'Jual' Diri Di Papan Iklan Untuk Cari Isteri, Tak Mahu Perkahwinan Diatur Keluarga

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved