Ramai Suami Dicurigai Gara-Gara ‘Layangan Putus’, Lelaki Ini Mohon Tamatkan Tayangan

Entertainment
4 Jan 2022 • 12:27 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Di media sosial hari ini, heboh diperkatakan mengenai drama bersiri ‘Layangan Putus’ dari Indonesia yang mengisahkan mengenai seorang suami curang ketika isterinya sedang sarat mengandung.

Drama ini menampilkan pelakon terkenal Reza Rahadian yang memegang watak Aris iaitu suami kepada Kinan. Manakala watak Kinan pula dimainkan oleh pelakon jelita, Putri Marino.

image is not available

Aris merupakan seorang suami yang sangat romantik dan baik. Dia sentiasa melayani isteri dengan penuh kasih sayang sehingga membuatkan orang sekeliling berasa cemburu dengan kehidupan Kinan yang sempurna.

Namun, siapa sangka Aris sebenarnya bermain kayu tiga. Perlakuan tersebut lama kelamaan dapat dihidu Kinan sehingga dia bertindak menyiasat sendiri pergerakan suami yang mencurigakan.

image is not available

Lakonan mantap Aris yang kelihatan baik ‘pijak semut pun, semut tidak mati’ membuatkan para penonton hilang kepercayaan terhadap suami sendiri.

Hidup para suami yang sebelumnya tenang mula kacau bilau apabila isteri menyamakan mereka dengan watak Aris.

Disebabkan itu, seorang lelaki telah meninggalkan surat terbuka kepada pelakon Reza Rahadian. Katanya disebabkan lakonan yang terlalu ‘menjadi’ dalam Layangan Putus, semua lelaki kini tidak lagi dipercayai oleh pasangan masing-masing.

Di sebalik lakonan mantap tersebut, para suami menjadi mangsa caci maki isteri yang emosi. Lebih melucukan, lelaki ini dengan muka serius mahu tayangan dihentikan dengan serta merta sebelum lebih banyak rumah tangga hancur disebabkan ‘Aris’.

Di episod ketujuh, rata-rata daripada penonton turut ‘koyak’ melihat Kinan menangisi pemergian anak di dalam kandungannya.

Meskipun Aris memujuk, Kinan seolah-olah sudah hilang arah dan menyalahkan suaminya di atas kematian tersebut. Aris yang turut tertekan melarikan diri ke rumah kekasihnya, Lydia.

Kiran mula membuat perancangan untuk mempertemukan mereka bertiga memandangkan suami mati-mati tidak mengaku mempunyai hubungan sulit.

Kredit: TikTok @dedemawan17

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.