“Semua sama hebat” – 6 Bintang Layak Ke Final, Tok Ram Akui Sukar Pilih Juara GV8

Entertainment
17 Jan 2022 • 11:45 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pejam celik, malam tadi telah berlangsung minggu separuh akhir program realiti Gegar Vaganza (GV) musim ke-8, melihatkan 6 orang bintang berjaya melayakkan diri ke minggu terakhir pertandingan ini.

Sepanjang 9 minggu bersiaran secara langsung, kita telah banyak melihat aksi hebat dari peserta-peserta legend, baik yang masih kekal mahupun yang sudah tersingkir. Dalam pusingan separuh akhir semalam, dua lagi bintang iaitu Shidee dan Ani Mayuni terpaksa disingkirkan.

Perkara itu sekaligus memberi laluan kepada 6 orang bintang (Aweera, Nikki Palikat, Aliff Aziz, Azzan Scan, Adibah Noor & Suki Low) untuk melayakkan diri mereka ke pentas final GV8.

image is not available

Melalui segmen Ada Lagu Ada Lagi, Aweera berjaya meraih markah tertinggi untuk konsert malam tadi menerusi lagu Kerja Gila dan Fantasia Bulan Madu.

“Sesiapa saja boleh jadi juara” – Tok Ram

Mengulas keputusan tersebut, Datuk Ramli MS atau Tok Ram selaku ketua juri pertandingan nyanyian itu tidak terkejut apabila nama Shidee dan Ani Mayuni tidak terpapar sebagai finalis program tersebut.

Mereka tersingkir dan memang sudah dijangka memandangkan persembahan kedua-duanya tidak begitu bagus berbanding peserta lain.”

image is not available

Melalui kenyataannya pada Kosmo, Aweera sewajarnya diberikan tempat pertama malam tadi atas persembahan yang baik berbanding minggu-minggu sebelum ini. Tambah Tok Ram lagi, musim ini akan menjadi musim yang sukar buat mereka untuk mencari juara.

Sesiapa sahaja boleh menjadi juara minggu depan, asalkan mereka berikan sesuatu yang hebat”

Finalis GV8 dan lagu tugasan mereka

Konsert akhir GV8 yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, di mana keenam-enam peserta diberikan tugasan untuk menyanyikan tiga buah lagu iaitu lagu solo, duet dengan penyanyi jemputan dan battle bersama peserta lain.

Aweera: Beggin’ (The Four Seasons) & Sepi (Aina Abdul) bersama Liza Hanim

Nikki Palikat: Terasing (Dato’ Sudirman) & Mengapa (Nicky Astria) bersama Idayu

Aliff Aziz: Sampai Syurga (Faizal Tahir) & Dealova (Once) bersama Hafiz Suip

Azan Scan: Seribu Tahun Takkan Mungkin (BPR) & Dilema 03 (Nora & Vince) bersama Shiha Zikir

Suki Low: Titanium (David Guetta ft. Sia) & Jera (Agnes Monica) bersama Shila Amzah

Adibah Noor: Seroja (S. Effendi) & Kau Di Hatiku (Dato’ Zainal Abidin) bersama Dato’ Zainal Abidin

image is not available

Pusingan Battle:

Gangnam Style (PSY) – Nikki Palikat Vs Suki Low

Bangun (Aman RA) – Aweera Vs Aliff Aziz

Kami Rappers (4U2C) – Adibah Noor Vs Azan Scan

Padu-padu semuanya! So korang nak siapa juara musim ni?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.