Barang ‘Promo’ Punya Pasal, Orang Ramai Sanggup Bersesak Dan Berebut

10 Jan 2022 • 11:49 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Padah kerana gagal memastikan pengunjung mematuhi prosedur operasi standard (SOP), seorang pengurus pasar raya dikompaun RM1,000.

Menurut Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi, siasatan dijalankan pihak polis selepas tular video berdurasi 30 dan 11 saat memaparkan orang ramai bersedak merebut minuman tin yang dijual dengan harga promosi.

Dalam video tersebut, dapat dilihat orang ramai menyerbu air tersebut menyebabkan tiada penjarakan fizikal.

Siasatan polis mendapati kejadian berlaku di sebuah pasar raya di Jalan Medan Sejahtera, Jalan Lumut, Sitiawan antara pukul 9 hingga 9.30 pagi pada Jumaat lalu.

Pihak polis dan pegawai Kesihatan Daerah Manjung telah memanggil pihak pengurusan pasar raya itu untuk diambil keterangan.

Satu kompaun dikeluarkan kerana pihak pengurusan didapati gagal memastikan pengunjung yang hadir menjaga SOP.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved