Bazar Ramadan: MBSJ buka permohonan permit, ada 1,251 petak niaga

12 Jan 2022 • 4:16 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 12 JAN: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) membuka permohonan permit bazar Ramadan bermula hari ini sehingga 31 Januari 2022.

Timbalan pengarah jabatan korporat dan pengurusan strategiknya berkata permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang www.mbsj.gov.my atau mengimbas kod bar poster yang dimuat naik di Facebook, Instagram dan Twitter MBSJ.

“Peniaga berminat perlu mendaftar sebagai pengguna my@mbsj sebelum meneruskan permohonan di mana semua urusan dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian iaitu mendaftar, muat naik dokumen sokongan dan proses pembayaran,” kata Azfarizal Abdul Rashid.

Beliau berkata sebanyak 1,251 petak niaga disediakan tahun ini di 18 lokasi bazar Ramadan membabitkan zon Subang Jaya, Puchong, Kinrara dan Serdang atau Seri Kembangan.

“MBSJ ingin mengingatkan kepada semua peniaga untuk membuat permohonan lebih awal sebelum tarikh tutup bagi mengelak kesulitan dan tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kelewatan,” katanya.

Maklumat lanjut boleh dicapai melalui laman sesawang dan platform sosial MBSH atau hubungi Jabatan Pelesenan di talian 03-80264324.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved