macOS 12.3 Beta Menambah Ciri Universal Control – Kawal Mac, Dan iPad Guna Satu Tetikus / Papan Kekunci

TechnologyDigital
29 Jan 2022 • 9:22 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple pada tahun lepas telah mempertontonkan salah satu ciri yang sangat menarik, iaitu Universal Control.

Melaluinya, para pengguna boleh mengawal pelbagai peranti Apple mereka – Macbook, iMac dan juga iPad menggunakan satu tetikus atau papan kekunci yang sama.

image is not available

Selepas ditangguhkan pengenalannya padaa tahun lepas, kini Apple dilihat telah dalam persiapan memperkenalkannya. macOS Monterey 12.3 dan juga iPadOS 15.4 yang kini pada fasa beta terbuka dilihat telah menambah ciri ini.

Buat masa ini, ia masih pada peringkat beta terbuka – membolehkan orang ramai mencubanya. Sekiranya tidak, mungkin anda boleh nantikan kemaskini stabil untuk sistem operasi Mac dan iPad anda dalam beberapa minggu lagi.