Tips Menjadi Orang Yang Produktif dan Bertenaga

Health & FitnessFamily & ParentingLifestyle
27 Jan 2022 • 9:00 AM MYT
Abdul Muhaimin
Abdul Muhaimin

Hi, you can call me amin, Always passionate about writing

Image from: Tips Menjadi Orang Yang Produktif dan Bertenaga

Dalam kehidupan kita ini, ada kalanya kita merasa tiada semangat dan lemah untuk memulakan hari. Jika kehidupan sebagai seorang pelajar dahulu, tidak cukup tidur menjadi kebiasaan kerana banyaknya aktiviti bersama rakan-rakan. Tidak cukup rehat dan berjaga lewat malam adalah kebiasaan yang harus ditelan oleh pelajar kolej dan universiti. Umur semakin meningkat, badan kan semakin merosot tahap kesihatannya. Dari situ perubahan dibuat untuk masuk ke alam berniaga atau bekerja. Terpaksa mengikut masa yang ditetapkan, bangun di awal pagi adalah suatu kemestian.

Namun begitu, kadang-kadang kita akan merasa lemah semangat atas faktor-faktor tertentu. Mungkin akibat menjaga anak kecil atau membuat dua kerja dalam satu masa. Badan kita memerlukan satu tindakan atau rutin harian untuk mengekalkan momentum di pagi hari.

Mulakan sarapan dengan makanan berkhasiat

Makanan berkhasiat membekalkan tenaga kepada badan kita. Banyakkan memakan makanan kurang berlemak pada waktu pagi, supaya akan menghadamkan dengan senang dan boleh melawaskan makanan dengan cepat. Jika makanan terlalu berlemak, kelesuan akan terjadi dalam badan terus kita akan lemah semangat. Ingat tak iklan air Milo setiap hari di TV?

Senaman ringan di waktu pagi

Photo by Barbara Olsen from Pexels

Mulakan senaman ringan untuk melancarkan perjalanan jantung kita. Kita akan terus menjadi cergas untuk mengerjakan hari kita dengan penuh semangat. Tidak perlu untuk gimnasium sekiranya masih tidak mampu. Senaman ringan dengan menggunakan badan sudah memadai untuk memulakan hari anda dan 20 minit sahaja diperlukan sehari.

Buat ‘to-do list’ daripada hari semalam

Photo by Suzy Hazelwood from Pexels

Ini adalah sangat efektif untuk memantapkan produktiviti anda. Kadangkala manusia sentiasa alpa dan lupa dengan komitmen keluarga dan kerja. Keseimbangan kerja dan kehidupan perlu diseimbangkan menaikkan semangat harian anda. Sehari sebelum memulakan kerja, buatkan satu senarai untuk dibuat keesokan hari. Mungkin ada 10 senarai yang anda perlu buat keesokannya, percayalah anda akan merasakan masa sangat mencukupi untuk menyiapkan semua senarai tersebut.

Bertegur dengan orang baru sehari

Photo by Mikhail Nilov from Pexels

Jikalau anda bekerja dari rumah, ini mungkin tidak praktikal, tetapi ada caranya. Selepas ini akan dikongsikan cara bagaimana anda boleh memulakan percakapan dan kenal baru hanya melalui dari rumah. Sebelum itu, sekiranya anda bekerja dalam pejabat, perkara ini akan membantu anda secara psikologi. Anda akan merasa diri anda dikenali oleh semua rakan pejabat dan tidak akan merasa asing apabila bekerja.

Letak matlamat kendiri setiap hari

Photo by Andrew Neel from Pexels

Ini mungkin berbeza dengan senarai untuk dibuat, tetapi kejayaan kecil yang anda bakal buat keesokannya. Ini membuatkan anda berkobar-kobar untuk datang bekerja di pejabat mahupun di rumah. Misalnya, anda berjaya membuat satu kerja yang sangat penting untuk kerjaya anda. Itu adalah catitan kendiri yang anda akan rekod dan buatkan diri anda dengan hadiah untuk meraikannya. Percayalah, anda sendiri akan gian untuk melakukannya!

Hidup kita hanya sekali. Pelbagai rintangan dan onak duri perlu kita hadapan dalam sepanjang hidup ini, namun cara untuk membuatkan anda lebih gembira dan produktif sudah ada. Yang paling penting adalah anda wajib konsisten melakukan semua tips-tips yang diberi untuk melihat kesannya.

Dan ada kalanya, kita juga harus mendengar nasihat dari pihak ketiga dari perspektif yang berbeza. Ini akan menjadikan hidup anda lebih bermakna, bersemangat dan produktif setiap hari. Gembira pun dapat, wang pun akan datang dengan sendirinya.


Abdul Muhaimin adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.