7-Eleven Kini Menawarkan Kad Prabayar Untuk Valorant Dan Legends Of Runtera

TechnologyGamingDigital
6 Jan 2022 • 11:37 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

7-Eleven sedia menawarkan kad prabayar untuk Netflix, Roblox, Google Play, Spotify dan juga PlayStation Store. Terbaru, mereka menambah satu lagi penawaran kad prabayar melalui kedai serbaneka 7-Eleven seluruh negara, iaitu kad prabayar Riot Games.

image is not available

Kad prabayar ini ditawarkan dalam pilihan harga RM40 dan juga RM70.

Kad prabayar ini boleh ditebus dalam permainan Valorant dan juga Legends of Runtera.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkannya melalui 7-Eleven terdekat hari ini.