ADUN DAP Perak Ditahan Polis Di Kelab Malam, Didapati Positif Dadah

15 Jan 2022 • 8:57 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

ADUN DAP Pasir Bedamar, Terence Naida, 54 tahun dilaporkan telah ditahan pihak polis kerana didapati positif dadah.

Beliau yang menyandang jawatan Adun selama dua penggal itu telah ditangkap dalam satu serbuan polis di sebuah kelab malam di Perai, Bukit Mertajam pada Khamis malam, lapor Malaysiakini.

image is not available

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Asisten Komisioner Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, Terence direman dan akan dibebaskan kemudian.

Bagaimanapun, menurut peguam ADUN tersebut, RSN Rayer, anak guamnya itu telah pun dibebaskan atas perintah mahkamah.

Mereka (polis) meminta empat hari dan saya membantah reman itu. Mahkamah memerintahkan (untuk) dia dibebaskan.”

image is not available

Kata Mustafa Kamal, ujian awal air kencing itu diserahkan kepada pakar patologi untuk pengesahan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Seksyen itu menetapkan bahawa mana-mana orang yang mengambil atau memberikan kepada dirinya sendiri apa-apa dadah berbahaya adalah bersalah. Mereka yang sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun.

Selain itu kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 hari lalu

"Dah Agak Dah.." - Viral Remaja Curi Tabung Masjid Nak Beli Ubat Untuk Atuk, Rupanya Positif Syabu